Thursday, October 1, 2015
Home »
Adat Istiadat
» Kebudayaan Liangzhu
Kebudayaan Liangzhu
Kebudayaan Liangzhu (bahasa Mandarin: 良渚文化; pinyin: liángzhǔ wénhuà pada tahun 3400–2250 sebelum Masihi) merupakan kebudayaan jed Neolitik yang terakhir di kawasan delta Sungai Yangtze di China. Kawasan pengaruhnya luas, yaitu dari sekitar Tasik Tai ke arah utara hingga bandar Nanjing, ibu kota provinsi Jiangsu dan Sungai Yangtze, ke arah timur Shanghai hingga kawasan pinggir laut dan ke arah selatan hingga bandar Hangzhou, ibu kota provinsi Zhejiang. Kebudayaan ini bersusun lapis artifak-artifak jed, sutera, gading dan sampan ditemukan di kawasan perkuburan golongan bangsawan, hasil tembikar lebih banyak ditemukan di kawasan perkuburan mereka yang kurang berada. Tapak kebudayaan tersebut telah ditemukan di Liangzhu dan diekskavasi oleh Shi Xingeng pada tahun 1936 di kabupaten Yuhang, provinsi Zhejiang.
Kebudayaan ini memiliki bidang pertanian yang canggih dengan sistem pengairan, penanaman padi dan akuakultur. Rumah-rumah di situ lazimnya dibangun dengan kaki-kaki bajang di sungai atau pinggir pantai.
Pertukangan jed menggunakan batu-batu jed yang besar dan halus buatannya serta bermotifkan Taotie (bahasa Mandarin: 饕餮; pinyin: tāo tiè). Contoh-contoh artifak daripada kebudayaan ini ialah hiasan cong (silinder). Cong terbesar yang ditemukan mempunyai berat kira-kira 3.5 kilogram. Cakera bi dan kapak yue turut ditemukan, di samping loket-loket jed yang berbentuk burung, kura-kura dan ikan. Kebanyakan jed Liangzhu mempunyai tulang yang berwarna putih susu kerana berasal daripada batu tremolit dan disebabkan pengaruh alam di kawasan perkuburan. Selain itu, terdapat juga jed daripada aktinolit and serpentin.
Sebuah altar kebudayaan Liangzhu yang ditemukan di Yaoshan, provinsi Zhejiang bercirikan keagamaan dan dibuat menggunakan cerucuk-cerucuk batu dan tembok batu yang disusun dengan teliti. Keadaan ini menunjukkan agama telah menjadi keutamaan pada saat itu. Altar tersebut mempunyai tiga tingkat. Tingkat yang paling atas ialah sebuah pentas yang dibuat daripada tanah. terdapat juga tinggalan tembok batu. Di atas altar tersebut terdapat 12 kubur yang disusun dalam dua baris.
Penemuan tapak peninggalan kota purba telah diumumkan oleh pemerintah wilayah Zhejiang pada 29 November 2007. semua peninggalan tersebut merupakan bagian daripada kota purba. Berdasarkan penemuan tersebut dapat disimpulkan bahawa tapak tersebut merupakan ibu kota lama Kerajaan Liangzhu yang luas pengaruhnya ke provinsi Jiangsu, Shanghai dan provinsi Shandong pada masa kini. Sebuah Museum Kebudayaan Liangzhu telah dibuka pada tahun 2008. Museum tersebut terletak 17.5 kilometer di barat laut kota Hangzhou.
Pada tahun 2012, Tapak peninggalan Liangzhu yang seluas kira-kira 34 kilometer persegi itu ditetapkan sebagai Warisan Budaya Sedunia China.
0 komentar:
Post a Comment
Terima Kasih atas Komentar anda.
Thanks for your Comments.