Thursday, February 18, 2016

Sejarah Kota Xi'an di China



Xi'an, ibu kota provinsi Shaanxi, terletak di bahagian barat laut China. Xi'an dikenali sebagai Chang'an pada zaman purba, tempat asal Terra Cotta atau patung tanah liat berbentuk perwira dan kuda serta tempat bermulanya Jalan Sutera.

Xi'an merupakan tempat empat ibu kota yang terkenal pada zaman purba China. Dalam catatan sejarah Shi Ji, Xi'an digelar "kota yang kukuh pertahanannya dan kaya sumbernya", serta tempat kelahiran bangsa China. Kota tersebut dibangun oleh Raja Zhouwen pada abad ke-12 Sebelum Masihi. Terdapat 13 buah dinasti (mungkin 17) telah mendirikan ibu kota mereka di situ, termasuklah empat dinasti yang unggul dalam sejarah China, iaitu Dinasti Zhou, Qin, Han dan Tang. Pada tahun 1981, UNESCO menyatakan kota  Xi'an sebagai "kota purba yang bersejarah dan penuh unsur budaya".

Selain Chang'an, Xi'an juga terkenal dengan nama Xijing, Xidu, Yongxing dan Fengyuan. Walau bagaimanapun, nama Chang'an, yang dimaksud berarti keamanan dan kestabilan yang kekal.

Bandar Xi'an sudah berusia lebih 3,100 tahun. Pada zaman Dinasti Han dan Tang, Xi'an merupakan pusat pertukaran asing China yang jumlah penduduknya melebihi sejuta orang. dalam fasa pembangunan yang pesat, Xi'an sering menjadi tumpuan dunia yang menarik kedatangan ramai utusan luar dan para pengembara. "Rome di Barat, Chang'an di Timur" adalah gambaran kedudukan Xi'an dalam sejarah dunia.

Xi'an adalah bukti semangat China yang sentiasa yakin, terbuka dan inklusif. kota ini menjadi lokasi bermulanya Jalan Sutera yang terkenal. terdapat Museum Terra Cotta, salah satu daripada delapan keajaiban dunia, adalah gambaran kehebatan sejarah dan budaya kota tersebut.

0 komentar:

Post a Comment

Terima Kasih atas Komentar anda.
Thanks for your Comments.