Pasar Malam Feng Chia (逢甲夜市) merupakan lokasi tumpuan pengunjung pada waktu malam yang terkenal di kota Taichung - Taiwan. Gerai-gerai di pasar malam ini bermula dari jalan masuk Universiti Feng Chia. Pasar malam tersebut mula dibuka pada pukul tujuh malam setiap hari. Udara di sini sentiasa diresapi aroma lazat dari gerai-gerai yang memasak dan menjual makanan tradisional yang enak dan unik. Setelah puas menjamu selera, anda boleh menonton atau menguji kemahiran seperti menembak belon dengan senapang angin.
0 komentar:
Post a Comment
Terima Kasih atas Komentar anda.
Thanks for your Comments.