Wednesday, April 1, 2015

Qi Bu Cheng Shi

Pada zaman kerajaan Tiga Negeri, iaitu pada tahun 220 Masihi hingga tahun 280 Masihi, raja Negeri Wei, iaitu Cao Cao merupakan panglima tentera dan juga penyair yang paling terkemuka di China. Dua orang anaknya, iaitu Cao Pi dan Cao Zhi juga amat cemerlang dalam bidang kesusasteraan. Cao Pi ialah seorang pengkritik sastera, manakala, adiknya, Cao Zhi merupakan penyair yang paling terkenal pada zaman itu. Ketiga mendapat digelar "Tiga Cao".

Walau bagaimanapun, setelah mewarisi takhta dari ayahandanya, Cao Pi menjadi cemburu akan kepandaian adiknya. Pada suatu hari, Cao Zhi telah melakukan satu kesalahan yang sangat kecil. Bagaimanapun, Cao Pi ingin menggunakan peluang ini untuk menghukum adiknya, kecuali jika dia mampu menghasilkan serangkap syair dalam waktu hanya berjalan tujuh langkah. Cao Zhi faham bahwa abang kandungnya itu sengaja ingin menantang hidupnya. Maka, dengan hati yang penuh duka dan marah, dia segera melafalkan serangkap syair, dengan isinya sebagai berikut:

Lenggai dibakar memasak kacang,
Kacang menangis penuh kepiluan,
Sama-sama dari satu keturunan,
Mengapa kualami siksa sedemikian. 
Mendengar syair tersebut, Cao Pi merasa amat kesal dengan tindakannya itu. Sejak itu, baginda tidak pernah menyusahkan adik kandungnya itu walau sekali pun. Peribahasa "Qi Bu Cheng Shi" adalah wujud melepas peristiwa tersebut.

Catatan Keterangan:
Peribahasa "Qi Bu Cheng Shi" ini digunakan untuk memperingatkan seseorang yang mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam bidang kesusasteraan.

0 komentar:

Post a Comment

Terima Kasih atas Komentar anda.
Thanks for your Comments.