Pada tahun 755 M, dua orang Gubernur dalam Dinasti Tang, iaitu An Lushan dan Shi Siming telah memberontak dengan alasan untuk membunuh perdana menteri yang khianat, Yang Guozhong demi Maharaja Xuanzong. Kumpulan pemberontak ini telah berusaha menduduki kota Luoyang dan segera akan sampai ke Changan, ibu kota Dinasti Tang. Maharaja Xuanzong terpaksa melarikan diri ke Sichuan, dan Puteri Mahkota, Li Heng telah naik takhta, dengan gelar Maharaja Suzong. Baginda lalu mengarahkan Jenderal Guo Ziyi untuk merampas kembali Luoyang dan Changan, serta menghancurkan pemberontak itu. Dengan memimpin 150 ribu laskar Dinasti Tang serta 5 ribu laskar berkuda yang dipinjam dari etnik Huihe (nenek moyang etnik Uygur kini), Guo Ziyi berhasil menewaskan serta menghancurkan pemberontak di bawah pimpinan bersama An Lushan dan Shi Siming itu dan berhasil merampas kembali ibu kota Changan yang telah diduduki oleh mereka selama setahun empat bulan. Setelah itu, Guo Ziyi merebut kembali kota Luoyang. Dengan kemenangannya yang begitu hebat itu, Guo Ziyi dianggap oleh baginda sebagai orang yang telah menghidupkan semula Dinasti Tang.
Pada bulan sepuluh tahun 758 M, kembali terjadi gangguan yang dilakukan oleh Yu Chaoen, sida-sida yang diberi tugas mengawasi tentera, pasukan tentera Guo Ziyi berhasil dibunuh oleh pemberontak. Dengan fitnah dari sida-sida tesebut, Guo Ziyi terpaksa memikul segala tanggungjawab itu seorang sendiri, lalu dipecat oleh baginda.
Setelah mendengar berita Guo Ziyi dipecat, para pemberontak pun segera menawan dan menguasai kota Luoyang. Melihat keadaan itu, beberapa orang gubernur dari tempat lain juga turut merancang untuk memberontak. Baginda terpaksa melantik Guo Ziyi sekali lagi untuk memimpin tentera untuk menghapuskan pemberontak. Sebelum Maharaja Suzong mangkat, baginda telah menyerahkan semua kuasa pemerintahan dan tentara di kawasan Hexi kepada Guo Ziyi. Guo Ziyi telah berjasa membunuh lebih daripada 40 orang pemimpin di situ yang merancang untuk memberontak, dan memulihkan situasi di kawasan tersebut. Maharaja yang baru, iaitu Daizong telah mengarahkan Guo Ziyi supaya terus bertindak menghapuskan pemberontak. Namun, Guo Ziyi merasakan kekuatan tentera Dinasti Tang tidak cukup untuk menghapuskan pemberontak itu, lalu beliau meminjam 100 ribu orang lagi laskar etnik Huihe dan merampas kembali kota Luoyang. hingga ke tahun 763 M, pemberontakan yang terjadi selama 8 tahun itu, akhirnya berhasil ditumpaskan oleh Jenderal Guo Ziyi.
Kemudian, Guo Ziyi beberapa kali lagi membantu menyelamatkan maharaja Dinasti Tang dari para pemberontakan dari pihak luar. Maharaja Dezong menghormatinya seperti ayahandanya sendiri. Pada tahun 781 M, Guo Ziyi meninggal dunia pada usia 84 tahun. Baginda memerintahkan supaya beliau dikebumikan di sebelah makam Maharaja Suzong dan mengangkat kedudukan makamnya daripada yang ditetapkan mengikut peraturan untuk menghargai sumbangannya yang begitu besar kepada Dinasti Tang.
0 komentar:
Post a Comment
Terima Kasih atas Komentar anda.
Thanks for your Comments.