Etnik Jing merupakan etnik minoritas di China yang jumlahnya agak sedikit. Kebanyakan mereka tinggal di daerah Fangchenggang di Guangxi. Pakaian etnik Jing agak sederhana. Lelaki etnik Jing memakai baju yang panjang hingga ke lutut, dengan lengannya yang agak ketat. Mereka juga memakai tali pinggang di luar baju. Wanita etnik Jing memakai baju yang agak pendek dan ketat
Orang Etnik She kebanyakannya tinggal di Provinsi Fujian, Zhejiang dan Guangdong. Pakaian mereka pada masa kini hampir sama dengan pakaian orang etnik Han. Hanya di beberapa tempat di Fujian masih kelihatan wanitanya yang memakai pakaian tradisional yang mengekalkan sebagian ciri-ciri etnik She.
Wanita etnik She di sana memakai "apron" di pinggang mereka. Mereka juga mamakai tali pinggang di luar apron tersebut. berbagai pribahasa yang bermakna disulam pada tali pinggang itu. Bunga, burung, hewan dan berbagai gambar geometri yang berwarna-warni dan kelihatan sangat cantik juga disulam pada apron mereka.
Orang etnik Maonan kebanyakannya tinggal di Kaunti Huanjiang, Guangxi. Wanita dan lelaki etnik Maonan suka memakai baju yang berwarna biru. Wanita etnik Maonan memakai baju yang mempunyai tombol di sebelah kanan dan dihias dengan dua tali dan bunga sulaman di bagian dada.
Mereka juga sangat suka memakai topi yang dianyam dengan menggunakan kulit sejenis buluh . Lelaki etnik Maonan memakai sejenis baju yang dikenali sebagai "baju tombol lima". Satu tombol di leher, tiga lagi di sebelah kanan, dan satu lagi di bagian perut.
Orang etnik Li kebanyakannya tinggal di kawasan Gunung Wuzhi di Provinsi Hainan. Pakaian mereka memperlihatkan ciri-ciri khas penduduk kawasan Asia selatan dan Pasifik. Biasanya wanita etnik Li memakai baju tanpa tombol. Lengan baju mereka agak kecil dan pendek, bagian belakangnya dihias dengan bunga sulaman yang berwarna-warni. Mereka memakai baju tersebut dengan skirt tanpa lipatan, dan pelbagai perhiasan yang dibuat daripada perak.
Lelaki etnik Li pula biasanya memakai baju tanpa lengan dan tanpa kerah. Pada masa dulu, mereka tidak memakai celana panjang, hanya mengikat dua helai kain di depan dan belakang.
Orang etnik Gaoshan merupakan penduduk pribumi yang tinggal di Provinsi Taiwan. Kini kebanyakan daripada mereka tinggal di kawasan pegunungan Pulau Taiwan. Di beberapa tempat di Tiongkok juga terdapat sejumlah penduduk etnik Gaoshan.
Di bagian utara Pulau Taiwan, lelaki etnik Gaoshan biasanya memakai baju tanpa lengan. Di bahagian tengah Pulau Taiwan, mereka memakai weskot yang dibuat daripada kulit hewan dan skirt kain yang berwarna hitam. Di bahagian selatan Pulau Taiwan, lelaki etnik Gaoshan biasanya memakai celana dan baju yang mempunyai lengan panjang dan bertombol di depan. Wanita etnik Gaoshan memakai baju pendek. Sebagian daripada mereka memakai skirt, sebagian yang lain memakai celana.
Pada hari raya atau upacara penting, orang etnik Gaoshan akan memakai pakaian khusus yang dihiasi dengan bulu burung dan kulit kerang.
0 komentar:
Post a Comment
Terima Kasih atas Komentar anda.
Thanks for your Comments.