Thursday, May 19, 2016

Indonesia-China perkuat kerjasama di sektor Pariwisata

Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu menemui Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Arief Yahya.

Kedua-dua pihak bertukar pendapat tentang kerjasama antara China dengan ASEAN serta Indonesia dalam sektor pelancongan.

Xu berkata, sektor pariwisata merupakan salah satu sektor terpenting bagi Indonesia dan berbagai negara di ASEAN kerana sektor berkenaan bukan saja berfungsi menambah peluang pekerjaan, merangsang ekonomi, malah mempunyai peranan yang unik dalam memperkuat pertukaran budaya dan meningkatkan saling pengertian.

Pihaknya bersedia untuk meningkatkan kerjasama antara China dengan ASEAN khususnya Indonesia, serta memainkan peranan yang aktif dalam usaha meningkatkan perkembangan sektor tersebut.

Arief mengatakan, pihaknya berusaha untuk mengembangkan sektor pariwisata dan mengambil langkah untuk menarik pelancong dari China.

China menjadi negara sumber turis yang paling besar bagi Indonesia pada saat ini.

Jumlah turis China yang berkunjung ke Indoneisa mencapai sejuta orang pada tahun lalu.

Pihaknya akan terus meningkatkan kerjasama dengan China dalam sektor tersebut.

0 komentar:

Post a Comment

Terima Kasih atas Komentar anda.
Thanks for your Comments.